Sunday, May 10, 2020

PEKOY - Selamat Hari Ibu!


Selamat Hari Ibu!

Seluruh dunia menyambut Hari Ibu pada 10.05.2020.
Ramai yang menyatakan rasa kasih dan sayang mereka kepada ibu, emak, mama, mummy masing-masing.
Ini adalah sesuatu yang sangat bagus bagi menyebarkan kasih sayang.

*

Ibu,
Merupakan seorang wanita normal yang tidak memerlukan pendidikan yang tinggi dari universiti dalam mahupun luar negara. Tidak diwajibkan untuk memiliki segulung ijazah. Tidak perlu kelihatan cantik dan menawan di mata orang lain. Tidak perlu memiliki harta berjuta.

Ibu,
Seorang manusia luar biasa yang telah dikurniakan oleh Allah. Memiliki kekuatan yang luar biasa mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Membawa kita kesana kesini bersama.
Ketika usia kita di dalam kandungan meningkat, kekuatan Ibu juga berkurang. Tetapi Ibu tetap tabah dan kuat. Tidak sesekali mengeluh apa lagi bersungut. Ibu tetap mengusap lembut perut sambil berkata kepada kita, mendoakan kita supaya sihat dan terus membesar dengan baik di dalam perut Ibu sebelum keluar ke dunia dalam keadaan sempurna sifatnya.

Ibu,
Setelah 9 bulan 10 hari bersusah payah mengandung, akhirnya tiba saat dimana anak di dalam kandungan tadi di lahirkan. Ketika ini, tiada apa yang dapat digambarkan tentang kesakitan yang di alami oleh seorang Ibu. Ada yang sampai berjam jam bertarung nyawa sebelum dapat melahirkan anak. Berpeluh seluruh tubuh Ibu menahan kesakitan. Ibu sanggup bertarung nyawa demi kita. Segala kesakitan Ibu seakaan hilang apabila melihat tubuh kecil dihulurkan kepada Ibu, Ibu mengambil tubuh kecil tersebut lalu memeluknya dengan penuh kasih sayang. Segala sekakitan tadi seakan lenyap.

Ibu,
Sanggup mengorbankan masa tidurnya demi memastikan kita dalam keadaan yang baik. Ibu korbankan segala pakaian yang cantik, Ibu korbankan masa bersama teman-teman. Ibu terus menjaga kita dengan penuh kasih sayang.

Ibu,
Setelah 35 tahun berlalu, kini Ibu sudah di mamah usia. Tubuh Ibu semakin lemah. Penglihatan Ibu kemakin berkurangan. Di mana kita? Adakah kita terus terusan bertanyakan khabar tentang Ibu?
Walau apa pun pekerjaan kita, jangan sesekali memandang rendah Ibu kita. Tanpa Ibu, siapalah kita. Kita mendapat pendidikan yang paling awal dari Ibu kita. Jangan pernah sombong dengan Ibu!

**

Terima kasih Ibu, Emak, Mama, Mummy!!!!
Terima kasih untuk segalanya!!!

Walau apa pun yang kami lakukan, tetap tidak akan dapat membalas jasa Ibu kepada kami.

Semoga semua Ibu diberikan kesihatan yang baik, diberkati hidup dunia dan akhirat dan di ampun segala dosa yang telah lalu dan yang akan datang!!!

***

Ikhlas dari anakmu...

No comments:

Post a Comment