Thursday, May 28, 2020
Jumaat Yang di Rindui - PEKOY serunding
Sudah Menjadi Lumrah Kehidupan Di Dunia
Manusia pasti akan merindui pada yang tiada.
Begitu juga dengan kita. Sudah hampir 3 bulan tidak solat jumaat rasanya, rasa rindu di hati.
Walaupun diri ini tidak alim dan pandai agama, tetapi kerinduan itu tetap ada dalam diri.
Rindu pada ketenangan yang ada di masjid. Pantang bersandar, mata begitu mudah terlelap. Begitu tenang sekali. 😀
Rindu pada peringatan yang disampaikan ketika khutbah....
Rindu pada bacaan imam ketika solat...
Rindu pada keindahan alunan azan...
Rindu pada keriuhan anak-anak berlari di belakang masjid sebelum dan selepas solat.
Rindu pada anak perempuan makcik jual nasi minyak food truck belakang masjid. ehhh... 😉
#solatjumaatyangdirindui #salamjumaat #jumaat #pkp #masjidsendayan
* gambar sekadar masjid yang indah
Kredit Kepada : Fakhrul Barkhaya (Facebook)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment