Hari Raya Hari Bahagia
Memang tidak dapat dinafikan bahawa hari raya aidilfitri pada tahun ini memang sangat berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.
Seluruh dunia diuji dengan kehadiran pendemik Covid19 yang memang memberikan impak yang besar.
Kepada mereka yang berada di kota, tidak dibenarkan pulang ke desa untuk menyambut aidilfitri bersama ahli keluarga tersayang. Bertabahlah dan bergembiralah di kota. Jangan bermurung durja.
Anggap lah ini sebagai satu pengorbanan yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.
Kepada mereka yang berada di desa, jangan terlalu gembira sehingga diabaikan segala SOP yang telah ditetapkan. Perlu di ingat bahawa Covid19 masih belum pulih sepenuhnya dan boleh merebak dengan pantas pada bila-bila masa.
Kita sama-sama mengamalkan normal baru ini untuk kehidupan yang lebih baik di hari muka.
*
Ukir Senyuman Di Tepi Tangga,
Boleh Senyum Teruskan Saja,
Kami Ucap Selamat Hari Raya,
Walau Dimana Kita Berada....
Boleh Senyum Teruskan Saja,
Kami Ucap Selamat Hari Raya,
Walau Dimana Kita Berada....
No comments:
Post a Comment