Saturday, June 13, 2020

Dodol - PEKOY 0109473577



Dodol ialah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan), dengan teksturnya yang melekit, pekat dan manis.
Dodol dikatakan berasal dari Betawi, Indonesia. Seperti di Malaysia, ia dijadikan sebagai pemanis mulut istimewa semasa menjelangnya lebaran.Dan ia terkenal di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, India Selatan, Sri Lanka, Thailand, dan Burma, di mana ia disebut “mont kalama”.
Kehadiran dodol yang berunsur beras di dalamnya adalah simbol kepada budaya agraria masyarakat Betawi dulu kala. Pada waktu itu, dodol dikatakan hanya untuk kalangan tertentu dan orang-orang kaya.
Apa pun namanya, teknik membuat dodol tetap sama iaitu dengan menggunakan santan, gula perang atau gula melaka dan tepung beras sebagai ramuannya.
 Perkataan "Dodol" ada tercatat dalam kamus tahun 1852 yang berjudul "A grammar and dictionary of the Malay language: with a preliminary.", Jilid 2 oleh John Crawfurd. Menurut kamus tersebut, perkataan "confectionery" memberi erti "manisan" atau "dodol".
Dodol dihasilkan menggunakan empat ramuan utama iaitu tepung beras, santan, gula melaka. Teknik memasak melibatkan bahan-bahan ini dikacau di atas api sederhana selama beberapa jam. Kebiasaanya campuran yang dikacau di atas kayu api menghasilkan aroma yang memikat hati, jika dibandingkan kaedah pembuatan dodol moden,
Proses membuat dodol juga bukanlah dalam masa yang singkat. Ia memerlukan masa yang agak lama sekitar 18jam bergantung kepada kuantiti bahan-bahannya dan perlu dikacau supaya sebati dan tidak berkerak di bahagian bawah. Dodol hendaklah sentiasa dikacau dari awal menyediakannya sehinggalah masak. Ini adalah untuk memastikan segala bahan yang digunakan dapat bercampur sebati. Proses mengacau dodol ini juga memerlukan lebih daripada seorang pengacau.
Dodol yang kurang manis akan lebih cepat rosak berbanding dodol yang manis, kerana gula sifatnya sebagai pengawet makanan alami. Rasa dodol yang dihasilkan lebih enak dan berlemak.jika menggunakan gula enau/gula kabung dan bukannya gula Melaka. Lebih manis dodol, lebih tinggi ketahanan jangka hayatnya.
Fakta menarik tentang dodol kini, dodol tak perlu tunggu musim perayaan. Ianya sudah dikomersialkan dan boleh didapati bila-bila masa samada di kilang pengusaha dodol, di kedai dan pasaraya. Atau secara dalam talian atau laman sesawang.Manakala dodol juga terdapat pelbagai perisa dan pasti disukai oleh pelbagai golongan. Seperti dodol durian, kelapa, pandan selain dodol asli. Ye inilah serba sedikit tentang dodol. Menarik bukan tentang dodol ini.

No comments:

Post a Comment