Wednesday, June 10, 2020

Bagaimana Serunding Dapat Membantu Anda - PEKOY


pekoy


Serunding merupakan sejenis masakan yang menggunakan bahan rempah dan dimasak sehingga kering agar tahan lebih lama. Proses membuatan serunding ini amatlah rumit ia dimasak dan dikacau tanpa henti(supaya tak hangit) hingga betul-betul kering untuk tahan lebih lama. .
Anda tahu bagaimana serunding dapat bantu mudahkan urusan harian anda???? Jom terokai..

1. Serunding menjadi makanan ketika tiada lauk dirumah
Sekiranya hujung- hujung bulan barang basah dirumah habis dan anda tak ada masa untuk keluar rumah kerana keletihan bekerja dan malas untuk memasak- anda jangan risau, cukup dengan hanya memasak nasi, sedikit kicap dan hidangkan dengan serunding atau hendak makan nasi dengan serunding sahaja pun sudah cukup membuatkan selera anda bertambah.
Yang paling best, anda tidak perlu habiskan tenaga dan masa anda di dapur untuk memasak lauk pauk.
Dan anda jugak bukan hanya jimat masa tetapi wang pun dapat di jimatkan berbanding asyik makan di kedai makan.
Serunding boleh dijadikan makanan untuk kecemasan anda di rumah.

2. Serunding merupakan makanan yang tahan lama.
Serunding adalah makanan tradisional yang dimasak bersama rempah-rempah dan ianya dimasak serta dikacau tanpa henti sehingga ianya betul-betul kering.
Berkaitan ketahanannya, walaupun disimpan dalam bekas sahaja tanpa dimasukkan ke dalam peti ais, ianya boleh tahan lama dan elok untuk dimakan sehingga setahun. Tapi jika anda ragu- ragu, anda boleh juga simpan serunding di dalam peti ais dan bila anda nak makan boleh panaskan menggunakan microwave dan paling penting rasanya tak berubah. Mudah kan???
Ramai juga orang yang menjadikan serunding ini sebagai makanan standby dirumah, dipejabat dan di bawa ketika travel bagi menjimatkan kos belanja ketika travel.
Dengan hanya satu pembelian sahaja, boleh bertahan sehingga setahun dan masih elok untuk dinikmati bersama keluarga..
Mesti anda rasa jimat dan berbaloikan?? 

3. Serunding boleh dijadikan buah tangan dan hadiah.
Terkadang anda terfikir hadiah apa yang hendak diberikan ketika berkunjung ke rumah keluarga, sanak- saudara dan teman bukan? Serunding boleh dijadikan hadiah tersebut kerana ia memudahkan dan menjadi kegemaran ramai.
Bagi anda yang suka memberi makanan atau hendak bersedekah kepada rakan-rakan di pejabat, anda hanya perlu sediakan serunding dan sos cili (tambah kesedapan), sediakannya bersama roti dan makan bersama rakan-rakan sepejabat.
Indahnya berkongsi bukan, walau hanya dengan roti dan serunding. Dalam kita tak tahu mungkin ada rakan sekerja yang sedang kelaparan, kita telah membuat dia gembira dan dalam kita tak tahu dia mendoakan kita. Murah rezeki kita..
Jom berkongsi…


4. Serunding sebagai makanan penyelamat kepada pelajar yang berada di asrama.
Saya pernah alami situasi ketika kelaparan di asrama dan mencari makanan boleh mengenyangkan dan sedap.
Apabila study atau buat assignment di tengah malam,pasti perut minta diisi. Bila tiada makanan lain, mee segerala penyelamatnya.
Kita semua juga tahu bahawa mee segera bukan la makanan yang baik untuk kesihatan kita kerana kita nak guna badan dalam jangka masa panjang, jadi tukarlah menu mee segera kepada serunding.
Ibu bapa boleh bekalkan serunding ini kepada anak-anak yang ada di asrama, kolej atau di universiti.
Bagi anak- anak yang bersekolah dirumah ibu bapa bolehlah juga bawakan bekal roti atau nasi bersama serunding untuk mereka ke sekolah jadi anak- anak boleh menyimpan wang saku yang diberikan kepada mereka.

5. Pelbagai makanan boleh dimakan bersama serunding.
Serunding merupakan makanan yang sesuai dengan pelbagai jenis makanan antaranya bubur, lemang, ketupat, nasi, roti dan pelbagai lagi.
Kadang- kadang ada sesetengah orang suka buat bubur nasi kosong (tak ada perencah) dan dimakan bersama serunding sebagai lauk.
Mudah kan dengan ada nya serunding ni?


Jom kita serbu Facebook: Pekoy_Hq yang jual serunding ni.. 

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda..

Hubungi Kami:

Call              : 0109473577
Whatsapp    : +60109473577
Email           : pekoyhq@gmail.com
FB Page       : Pekoy_Hq
Blog             : pekoyhq.blogspot.com

#orikelantan #pekoy #pekoy_hq #serunding #serundingdaging #serundingayam #serundingikan

No comments:

Post a Comment