Dodol ialah sejenis makanan yang boleh dikategorikan
dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan), dengan teksturnya
yang melekit, pekat dan manis.
Dodol dikatakan berasal dari
Betawi, Indonesia. Seperti di Malaysia, ia dijadikan sebagai pemanis mulut
istimewa semasa menjelangnya lebaran.Dan ia terkenal di Indonesia,
Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, India Selatan, Sri Lanka, Thailand, dan
Burma, di mana ia disebut “mont kalama”.
Kehadiran dodol yang berunsur beras
di dalamnya adalah simbol kepada budaya agraria masyarakat Betawi dulu kala.
Pada waktu itu, dodol dikatakan hanya untuk kalangan tertentu dan orang-orang
kaya.
Apa pun namanya, teknik membuat dodol tetap sama iaitu dengan
menggunakan santan, gula perang atau gula melaka dan tepung beras sebagai
ramuannya.
Perkataan "Dodol"
ada tercatat dalam kamus tahun 1852 yang berjudul "A grammar and
dictionary of the Malay language: with a preliminary.", Jilid 2 oleh John
Crawfurd. Menurut kamus tersebut, perkataan "confectionery" memberi
erti "manisan" atau "dodol".
Dodol dihasilkan
menggunakan empat ramuan utama iaitu tepung beras, santan, gula melaka. Teknik
memasak melibatkan bahan-bahan ini dikacau di atas api sederhana selama
beberapa jam. Kebiasaanya campuran yang dikacau di atas kayu api menghasilkan
aroma yang memikat hati, jika dibandingkan kaedah pembuatan dodol moden,
Proses membuat dodol juga
bukanlah dalam masa yang singkat. Ia memerlukan masa yang agak lama sekitar 18jam
bergantung kepada kuantiti bahan-bahannya dan perlu dikacau supaya sebati dan
tidak berkerak di bahagian bawah. Dodol hendaklah
sentiasa dikacau dari awal menyediakannya sehinggalah masak. Ini adalah untuk
memastikan segala bahan yang digunakan dapat bercampur sebati. Proses mengacau
dodol ini juga memerlukan lebih daripada seorang pengacau.
Dodol yang
kurang manis akan lebih cepat rosak berbanding dodol yang manis, kerana gula
sifatnya sebagai pengawet makanan alami. Rasa dodol yang
dihasilkan lebih enak dan berlemak.jika
menggunakan gula enau/gula kabung dan bukannya gula Melaka. Lebih manis dodol,
lebih tinggi ketahanan jangka hayatnya.
Fakta menarik tentang dodol kini,
dodol tak perlu tunggu musim perayaan. Ianya sudah dikomersialkan dan boleh
didapati bila-bila masa samada di kilang pengusaha dodol, di kedai dan
pasaraya. Atau secara dalam talian atau laman sesawang.Manakala dodol juga terdapat
pelbagai perisa dan pasti disukai oleh pelbagai golongan. Seperti dodol durian,
kelapa, pandan selain dodol asli. Ye inilah serba sedikit tentang dodol. Menarik
bukan tentang dodol ini.