Alphard - Gambar dari Google |
Ada diantara kita yang keliru untuk membuat pilihan di dalam membuat pilihan untuk membeli kereta.
Ada yang berpendapat bahawa, "biar papa asal bergaya".
Terpulang pada anda, kerana di akhir rancangan, anda yang menanggung segala kos pemeliharaan kereta tersebut.
Memang secara amnya harga kereta dilihat ada penurunan selepas Covid-19 menyerang dunia. Secara dasar, memang kos pembayaran bulanan mampu di bayar tambahan pula dengan promosi Zero Downpayment yang ditawarkan.
Harus di ingat bahawa kereta yang kita beli tersebut masih perlu diservis, dibayar insurans dan roadtax, dibaiki jika ada kerosakan, dibaiki jika berlaku kemalangan, ada risiko kerosakan walaupun tidak berlaku kemalangan.
Setiap kos tersembunyi ini perlu ada tabungan tersendiri bagi mengelakkan berlakunya sontotan dan cidukan jika berlaku musibah.
Ada diantara kita yang sanggup membeli kereta baru hanya kerana ingin menjaga pandangan orang terhadap kita. Pantang orang "jack" sikit, terus angkat kereta baru. Sedangkan kereta sekarang masih boleh digunakan dan tiada keperluan pun sebenarnya untuk ditukar. Hakikatnya, orang disekeliling kita hanya mampu memberikan cadangan, kita juga yang membayar disetiap hujung bulan.
Ada juga yang ingin membeli MPV atas alasan keselesaan semasa ingin pulang ke kampung, hakikatnya hanya setahun sekali pulang ke kampung.
Jangan disalahkan orang lain jika berlaku sontotan, cuba perhatikan sekeliling dan "move on".
No comments:
Post a Comment